Tuesday, September 06, 2005

Kopi Radix - Tongkat Ali

Menghilangkan Sakit Sendi dan Sakit Pinggang
Penyakit arthritis dan rheumatism terjadi hasil daripada peradangan yang berpunca dari ketidak seimbangan suhu. Kesannya mewujudkan kelebihan asid seperti asid urid yang menyebabkan gout. Kopi Radix akan bertindak secara diuretik (memperbanyakkan kencing) dengan melakukan pengimbangan suhu dan asid. Terdapat testimoni yang banyak yang menceritakan kelebihan penggunaan Radix yang dapat menghilangkan sakit pinggang dan lutut.
Demam Panas
Minuman Kopi Radix akan menghilangkan rasa hendak demam jika diambil pada peringkat awal kerana bahan yang terdapat dalam Radix akan meningkatkan sistem imuniti untuk membunuh kuman yang menyerang tubuh. Tindakan bioflavonoid akan meningkatkan lagi aktiviti sel-sel imuniti dengan mempercepatkan pergerakan ke tempat serangan. Minuman Kopi Radix akan menyebabkan seseorang itu kencing dengan banyak, berpeluh dan terasa dahaga. Kesan dahaga ini membuatkan seseorang pesakit itu banyak minum air di mana suhu tubuh akan kembali stabil.
Ketumbuhan
Bahan yang dikenali sebagai quassinoid yang terdapat dalam Radix merupakan bahan anti tumor yang boleh menghilangkan ketumbuhan di otak. Ini diperkuatkan lagi oleh kajian Dr. Azizah Hamid daripada Universiti Putra Malaysia (UPM) pada tahun 2000. Dalam kes yang sebenar, HPA mempunyai rekod menyembuhkan ketumbuhan di otak setelah pesakit diberikan Radix bersama Omega3 dan Spirulina.
Radix Untuk Kaum Wanita
Radix mempunyai bahan antioksidan yang boleh memerangkapkan radikal bebas yang menyebabkan pelabagai penyakit.
Bagi wanita yang menghadapi masalah keputihan, lelehan cecair ini dapat dihilangkan dengan hanya meminum Kopi Radix, begitu juga dengan senggugut. Kopi Radix mempunyai kesan detoksifikasi yang boleh mengeluarkan keracunan di hati dan membetulkan perjalanan darah.
Bagi wanita yang menopouse, mereka memerlukan pytoestrogen dan kalsium untuk tulangnya dan ini boleh didapati dalam Kopi Radix.
Kopi Radix Untuk Pesakit Kencing manis dan Darah Tinggi
Radix juga mengandungi betasitosterol dan stigmasterol yang bertindak sebagai hipoglisemik (menurunkan paras glukos). Kekuatan gandaan diuretik menjadikan Kopi Radix juga boleh digunakan untuk merawat hipertensi.
Kopi Radix Untuk Tenaga
Kesan afrodisiak meningkatkan tenaga kelakian dan baik jika disinergikan bersama Omega3. Bagaimana ini berlaku? Satu kajian yang dilakukan di Universiti Malaya (UM) menunjukkan bahawa tikus putih yang diberikan Radix menunjukkan penambahan 480% hormon jantan manakala tikus betina pula melahirkan anak jantan lebih daripada anak betina dengan nisbah 3:1.
Kopi Radix mengandungi 5 herba pilihan :
1. Tongkat Ali untuk tenaga
2. Pokok Mata Pelanduk untuk sendi
3. Pokok Teja Lawang untuk pengimbangan angin
4. Pokok Tebu Gajah untuk antidot
5. Pokok Mengkudu Hutan untuk pencernaan
Komposisi (15 peket bagi kotak kecil dan 32 peket bagi kotak jumbo) :
Tongkat Ali dan Herba terpilih
Dos :
Boleh diminum sehingga 6 peket sehari
Harga :
Kotak Kecil - Semenanjung : RM15
Sabah/Sarawak : RM18
Kotak Jumbo - Semenanjung : RM30
Sabah/Sarawak : RM36

Kordial Pegaga

Kordial Asiatica diperbuat daripada Pegaga segar terpilih yang bermutu tinggi. Amat baik sebagai minuman kesihatan seharian dalam bentuk sejuk dan panas. Jadikan ia sebagai minuman alternatif penghilang dahaga kepada lain-lain minuman seharian. Ia juga bertindak sebagai penawar kepada masalah berikut:-
1. Batuk
2. Buasir
3. Demam
4. Kelesuan
5. Batu Karang
Komposisi (1 Liter per botol) :
Jus Centella Asiatica, Dextrox, Sukros, Penstabil, Pewarna dan pengawet yang dibenarkan.
Dos :
Goncang sebelum digunakan. Campurkan satu bahagian pati dengan 3 bahagian air mengikut rasa.
Batuk - 1 sudu besar tanpa air
Buasir - 2 sudu besar tanpa air
Demam - Minum suam untuk kestabilan suhu badan dan pengeluaran peluh
Batu Karang - Sinergikan dengan Madu Asli sebagai pelancar air kencing.
Harga :
Semenanjung : RM15
Sabah/Sarawak : RM18

Kordial Roselle

Nama saintifiknya ialah Hibiscus Sabdariffa, yang merupakan tumbuhan yang amat tinggi kandungan Vitamin C iaitu melebihi daripada keluarga limau. Kelebihan pengambilan kordial Roselle ini ialah:
1. Anti Penuaan
2. Pencegah penyakit kardiovaskular
3. Pencegah kanser
4. Demam panas/selesema
5. Resdung (alahan) dan Asma
6. Stress atau sukar tidur (Insomnia)
Komposisi (1 Liter per botol) :
Jus Roselle, sirap dan bahan pengawet yang dibenarkan.
Dos :
Goncang sebelum digunakan. Campurkan 1 bahagian pati dengan 4 bahagian air mengikut rasa.
Harga :
Semenanjung : RM15
Sabah/Sarawak : RM18

Teh Asiatica Plus

Produk ini menggunakan 2 jenis pegaga iaitu Hydrocotyle Asiatica dan Hydrocotyle Sibthorpiodes berfungsi sebagai pembakar lemak khusus kepada mereka yang ingin menurunkan berta badan. Kelebihan Teh Asiatica adalah seperti berikut:-
1. Menurunkan kadar kolesterol dan menghancurkan lemak dalam badan serta mampu menormalkan tekanan darah.
2. Membuang toksid dalam tubuh.
3. Memecahkan batu karang jika diminum bersama Malac dan Madu Asli.
4. Mengencangkan otot yang kendur (Sapukan penyakit But-But pada bahagian tersebut).
5. Mengatasi masalah anak yang mengalami kembung perut jika diambil bersama Madu Asli.
7. Meningkatkan kecergasan dan pengembangan otak.
8. Mengatasi masalah sembelit dan buasir.
9. Mengatasi migrain.
10. Mengatasi Asidosis dan Diverculata.
11. Mengatasi masalah peradangan sendi.
12. Mengatasi ghout.
Komposisi (35 uncang per kotak) :
1. Hydrocotyle Asiatica
2. Hydrocotyle Sibthorpiodes
Dos :
Minum sekurang-kurang 1 uncang setiap hari. 1 uncang menghasilkan 3 gelas. Gunakan air panas (60 celcius). Jangan gunakan air mendidih kerana ia akan memusnahkan klorofil.

Teh Herba

Produk ini menggunakan herba pegaga (Hydrocotyle Asiatica). Herba yang mempunyai ciri pahit ini mangandungi antioksida (sejenis ester gluko peiranosil) yang amat baik untuk merawat luka luar (kulit) dan luka dalam (radang usus dan pendarahan otak). Teh Herba juga mujarab untuk radang tenggorokan, batuk, radang usus serta mengandungi anti oksidan yang tinggi. Kelebihan Teh Herba:-
1. Mengatasi penyakit kencing manis dan darah tinggi.
2. Mengurangi kadar lemak setelah mengambil secara berterusan selama 2 minggu. Badan akan terasa ringan dan segar.
3. Mengatasi masalah sembelit dan angin.
4. Melancarkan pembuangan air besar dan membantu mengeluarkan toksid akibat sembelit.
5. Menurunkan kadar asid urik yang berlebihan akibat penyakit kulit.
6. Menghilangkan sakit kepala akibat migrain.
7. Menghaluskan kulit dan mengatasi masalah penyakit kulit
8. Menguatkan imunisasi bagi mencegah penyakit.
9. Menguatkan sel otak dan baik untuk minda.
10. Sangat baik untuk wanita yang mengandung dan setelah melahirkan anak.
11. Mengatasi maslah kencing manis dengan menurunkan kadar glukosa dan menyembuhkan gengren.
12. Mencegah masalah kardiovaskular.
13. Baik untuk wanita yang menopouse dan osteoporosis.
Komposisi (35 uncang per kotak) :
Hydrocotyle Asiatica
Dos :
Minum sekurang-kurang 1 uncang setiap hari dan masukkan ke dalam air panas (60 darjah celcius). 1 uncang boleh menghasilkan 3 gelas. Jangan gunakan air mendidih kerana ini akan memusnahkan klorofil. Amat berkhasiat jika dicampur dengan Madu Asli.

Evergreen Centella

Makanan Kesihatan Abad Ini!!!
Misteri Penghuni Lembah Hunza. Laksana misteri kaum Muslim Hunza yang menghuni di lembah antara Hindu Kush dan Karakorum, di kaki gunung Himalaya, Asia Tengah. Suatu tempat yang paling tinggi kualiti udara segar di dunia! Mengamalkan cara hidup Islami semaksimanya; dengan cara pemakanan yang sihat, penuh pynutrien alamiah, menjadikan mereka diantara bangsa yang paling panjang umur di dunia. Para Saintis mengkagumi fenomena ini!
Evergreen Centella : Mempunyai Gamma Linolenik Asid (GLA) EC yang mengandungi GLA sebagai Natural Estrogen yang melambatkan penuaan. Kesan pada kulit dapat dilihat dalam tempoh 20 hari pengambilan. Halus, bersih dan dapat menghilangkan kedut pada kulit. Evergreen Centella : Baik untuk Pertumbuhan Otak. Masalah keracunan di otak dapat dilihat pada tanda antara jam 11 hingga 1 (Iridologi). Otak memerlukan makanan yang seimbang bagi melakukan self-healing, self-protection dan self-cleansing. EC baik untuk orang dewasa serta anak-anak yang sering terdedah kepada makanan ringan.
Evergreen Centella : Amat sesuai untuk pelajar. EC amat baik diberikan kepada pelajar bagi mengatasi masalah ADD (Attention Deficit Disorder). Ia akan merangsang kecekapan otak untuk lebih tumpuan sewaktu belajar. Pelajar akan lebih tenang kerana EC akan menyebabkan sistem saraf menjadi tenang (kerapkali terjadi kepada anak-anak yang banyak mengambil MSG).
Evergreen Centella : Untuk Purifier Darah. Kita tidak mengetahui sama ada darah kita bersih dari toksid atau tidak sebelum kita mengambil EC. Selepas mengambilnya, tubuh akan bertindak balas seperti merasa mengantuk, pening, gatal-gatal badan, hidung berair atau demam. Semua gejala ini menunjukkan darah anda dipenuhi racun dan ini membuatkan kita cepat tidak bermaya.
Evergreen Centella : Untuk Impotensi. Dalam kajian terbaru pada lelaki di beberapa negara dunia, menunjukkan kadar sperma semakin berkurangan. Ini diikuti dengan meningkatnya masalah impotensi pada lelaki. Elakkan daripada mengambil Pil Viagra - kimia yang merosakkan tubuh!!! Dengan 3 sudu EC serta 3 titis Madu akan memberikan kesan jauh lebih baik daripada Viagra. Kesan akan dapat dilihat setelah 7 hari mengamlkannya.
Evergreen Centella : Penuh Dengan Klorofil. Selain daripada menjadi pencuci tubuh secara alami, klorofil dalam EC mempunyai molekul yang serupa dengan hemoglobin dalam sel darah merah. Baik untuk orang yang kurang darah dan ia meningkatkan kadar pengambilan oksigen. Kekurangan oksigen dapat dilihat pada zon ke 7 (Iridologi).
Komposisi :
Gabungan Pegaga dan Spirulina segar dan kaya dengan protein, lemak, karbohidrat serta pynotruien yang memenuhi keperluan tubuh, diakui sebagai makanan seimbang abad ini, mengandungi Vitamin A, B1, B2, B6, B12, E, Niasin, Inositol, Asid Pantotenik, Asid Folik, Vitamin K serta Mineral seperti Kalsium, Kalium, Magnesium, Fosforus, Besi, Kuprum, Mangan, Kobalt, Iodin dan Selenium.
Harga :
Semenanjung : RM55
Sabah/Sarawak : RM65

Madu Asli

Madu Asli HPA diambil dari Timur Tengah (padang pasir) amat baik untuk dijadikan sebagai makanan kesihatan kerana kualitinya ynag tinggi dimana kadar kelembapan air di bawah 20%. Madu ini diambil dari lebah yang menggunakan pokok kurma, tin dan zaitun.
Di dalam Surah An-Nahl: Ayat 68-69 yang bermaksud; " Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah : "Buatlah sarang di bukit, di pokok-pokok kayu dan di tempat-tempat yang dibuat manusia. Kemudian makanlah dari setiap buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan untukmu. Dari perut lebah itu keluarlah minuman (MADU) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda ( Kebesaran Allah) bagi orang yang berfikir". Terdapat juga beberapa Hadis Sahih yang menceritakan para sahabat menggunakan madu sebagai ubat. Rasulullah SAW menjadikan madu sebagai makanan sebelum sarapan pagi dengan mencampurkan dengan air. Ini terbukti oleh pakar-pakar pemakanan kesihatan amalan yang sedemikian akan membantu di dalam proses penghadaman. Oleh kerana madu ini tidak mempunyai kotoran atau racun ia memudahkan fungsi hati dan ginjal. Madu asli juga dapat menaikkan kekuatan fizikal dan mental seseorang. Untuk orang yang telah uzur dan lanjut usia dicadangkan mengamalkannya satu sudu besar setiap hari sebelum makan. Madu boleh merawat dan menyembuhkan penyakit kulit seperti jerawat, gatal-gatal, luka akibat terbakar, bisul serta kurap dengan cara menyapukan Madu Asli ke bahagian tersebut. Madu Asli boleh membantu mempercepatkan pertumbuhan kanak-kanak yang menghadapai masalah lambat berjalan. Ini terbukti dalam satu kajian iaitu seorang kanak-kanak yang menghadapi masalah tersebut dapat diselesaikan dengan mengamalkan 2 sudu kecil setiap hari selama 40 hari dan ia menunjukkan satu perubahan yang ketara pada tubuh badan dan akhirnya mampu berjalan.
Komposisi (375 gram per botol) :
Madu Asli diambil dari Timur Tengah
Dos :
Sinergikan dengan:-
1) Madu Asli + Malac/Alac = amat baik untuk memecahkan batu karang (Gallstone) dan melancarkan pengeluaran air kencing.
2) Madu Asli + Teh Herba = khasiatnya sebagai pemakanan kesihatan.
3) Madu Asli + Coscinium Plus = amat baik untuk mengatasi masalah alahan(allergy).
4) Madu Asli + Radix = dapat menambahkan tenaga dan kesuburan lelaki.
5) Madu Asli + Paramaria Plus = dapat menambahkan dan memperbaiki kesihatan wanita.
Harga :
Semenanjung : RM23
Sabah/Sarawak : RM27